[KESIHATAN] Fahami Tentang Keracunan Makanan di Kalangan Anak-Anak

Keracunan makanan adalah adalah satu hal yang mendapat perhatian besar dalam bidang kesihatan dan industri makanan. Dari kes yang paling ringan hingga yang boleh menyebabkan kematian, hakikatnya keracunan makanan adalah antara masalah yang sering menyerang terutama kanak-kanak sekolah.

Tahukah anda penyebab utama keracunan makanan?

Menurut FDA, keracunan makanan disebabkan oleh (mengikut turutan paling berbahaya):

1. Keracunan disebabkan microbio iaitu kuman dan bakteria
2. Keracunan disebabkan oleh toksin semulajadi dalam makana
3. Sisa-sisa bahan kimia industri, pestisid, hormom dsn antibiotik haiwan
4. Pemprosesan makanan
5. Bahan2 yang ditambah ke dalam makanan
6. GMO

Jadi, 2 penyebab paling utama keracunan ialah kuman; dan makanan itu sendiri yang bertoksik.

Keracunan makanan disebabkan oleh kuman terbahagi kepada 2: toksik dalam makanan dan jangkitan kuman.

Toksik dalam makanan terjadi bila makanan terdedah kepada bakteria, dan bakteria ni menghasilkan toksik yang memberi kesan pada tubuh. Jangkitan pula ialah berlaku bila bakteria dalam makanan terdedah ni membiak dalam usus.

Bakteria yang menghasilkan toksik menghasilkan 2 jenis toksin : enterotoksin dan neurotoksin. Enterotoksin menyerang mukus membran dalam usus, manakala neurotoksin menyerang sistem saraf.

Kebanyakan bakteria, virus dan parasit ini merebak dengan cara:-

- Penyediaan makanan yang tidak betul
- Tidak membasuh tangan dengan sabun selepas ke tandas
- Membiarkan luka/kudis terbuka di tangan
- Tidak menjaga kebersihan
- Air yang tidak ditapis dan tidak dimasak

Kanak2 yang masih lemah sistem imuniti tubuhnya, lebih mudah untuk mendapat jangkitan dan kesan toksin serta efek keracunan ni.

Keracunan makanan hendaklah dirawat segera, terutama bagi bayi dan kanak2 kerana ia boleh membawa kepada simptom lain yang berbahaya.



Langkah2 Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Selamat

(1) Pastikan makanan sejuk sentiasa disejukkan.
(2) Cuci tangan dan permukaan penyediaan makanan.
(3) Pastikan makanan panas sentiasa dipanaskan.
(4) Elakkan cross-contaminant

Pastikan makanan anda dimasak dengan betul terutama makanan bayi, kerana dalam telur separuh masak, daging separuh masak dan makanan laut mengandungi bakteria E. Coli yang melepaskan enterotoksin yang boleh menyebabkan cirit-birit.

[SUSU IBU] Kenali Personaliti Penyusuan Si Manja Anda

Puan Nora berasa keluh kesah kerana bayinya yang baru berusia seminggu, Anas seperti tidak berminat untuk menyusu badan. Anas tidak seperti sepupunya, Rafi yang kelihatan sangat berselera menyusu dengan ibunya. Keadaan ini membuatkan Puan Nora tertekan dan mula memikirkan untuk memberi susu formula kepada Anas.

Pernah tak alami situasi seperti di atas?

Kebiasaan masyarakat kita mempunyai tanggapan seperti: bayi lelaki minum lebih banyak dan lebih 'excited' berbanding bayi perempuan. Masyarakat kita juga memandang bayi yang terlalu kerap menyusu dan terlalu lama jarak penyusuan sebagai satu masalah besar - ibu tak ada/tak cukup susu.

Persoalannya, benarkah?

Sebenarnya, seperti juga orang dewasa, bayi kita ada personaliti dan perangai masing2 bila melibatkan kerja utama mereka - menyusu. Kajian dari Universiti Yale tentang bayi yang menyusu badan meneamui rumusan bahawa, SETIAP BAYI MENYUSU BADAN MEMILIKI PERSONALITI YANG BERBEZA.

Mereka telah mengklasifikasikan personaliti ini kepada 5 kategori:

Barracuda, excited-inefective, proscrastinator, gourmet dan rester.

Jom kita tengok keunikan personaliti2 tersebut dan menyelidik, BAYI ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI PERSONALITI YANG MANA?

Barracuda

Kalau anda pernah tonton filem animasi 'Finding Nemo', anda akan temui bahawa telur2 ikan milik Marlin dan Coral telah diserang Barracuda, hinggal tinggal satu je yang selamat- Nemo.

Barracuda ialah sejenis ikan pemangsa yang ganas dan 'makan-apa-saja'. Sementelah bayi yang berpersonaliti barracuda ni boleh dikatakan jenis yang kuat minum susu. Mereka ni tak sabar2 nak menyusu, mungkin mengamuk bila ibu lambat sikit. Jarak penyusuan pun mungkin tak panjang, dalam 10-20 minit dah mintak susu.

Penyelesaian : Ibu kena ambil masa untuk belajar posisi dan cara latching yang betul SEBELUM bayi mintak susu. Sebab dia ni jenis tak sabar, bila dia dah nak tu tak boleh tunggu2 dah, jadi gunakan masa dia tengah tenang untuk berlatih.

Potensi nak dapat nipple crack sangat tinggi.

Exicted-Ineffective

Bayi jenis ni kelihatan macam tak sabar, tapi bila menyusu main-main. Gelak-gelak semua, tapi bila tak dapat menyusu dengan sempurna, dia frust pula.

Penyelesaian : Susukan dia masa dia tengah mamai : baru bangun tidur atau time2 lalok nak tidur. Kena selalu burp bayi jenis ni, sebab dia senang kembung.

Procrastinator

Yang ini jenis yang paling susah. Ops, susah tapi BOLEH? Yang ni jenis high expectation... MAsa susu ibu belum ada, baru ada kolostrum dia dan demand nak susu. Biasanya ibu yang ada bayi jenis procrastinator ni akan terdorong nak bagi susu formula.. Yelah bayi ansyik menangis je kan.

JANGAN!

Penyelesaian : Teruskan menyusu dan stimulasi berterusan. Ibu perlukan sokongan yang padu dan kesabaran yang tinggi. Insya-Allah cuma untuk 3-4 hari je.

Gourmet

Gourmet ada kaitan dengan seni presentasi makanan. Jadi bayi jenis ni suka menikmati keindahan makanan dia dulu sebelum makan. Dalam kes ni, dia suma main2 dengan puting ibunya.

Tapi kalau dia dah boring dan nak mula menyusu, dia akan menyusu sampai habis!

Penyelesaian : Ibu kena sabar & susukan bayi di tempat tenang supaya takde lah rasa 'penat' sangat bila nak kena layan bayi Gourmet ni.

Rester

Seperti mana namanya, rester ni jenis bayi yang minum lambat-lambat, siap pause lagi. jadi ia menjadikan sesi penyusuan jadi lama. Kadang2 sampai sejam duk menyusu.  Kadang2 sampai tertidur masa menyusu.

Penyelesaian : Ibu jangan risau sebab makin lama bayi makin belajar bahawa bukan le best pun minum sikit2, lambat kenyang. Lagipun kalau masih dalam pantang kan tak buat apa, layankan saja lah. Tapi awas kalau berat badan dia tak naik2, bawalah berjumpa pakar dalam bidang penyusuan sebab takut memang dia tak cukup susu, yelah asyik tidur saja.

Harapnya lepas membaca entry ini ibu2 yang risau anak kuat sangat menyusu atau kurang menyusu dapat menganalisa kembali tabiat penyusuan anak masing2. Kalau bayi ceria, sihat, berat bertambah, tak ada apa nak dirisaukan walau dia menyusu kerap atau tidak.

Jadi, check personaliti penyusuan bayi kita, jadi kita boleh letak expectation accordingly.

[KESIHATAN IBU] Program Pemakanan Ibu Menyusu

Ramai ibu menyusu yang tercari-cari makanan yang boleh menambah susu, atau dalam ertikata lain milk booster untuk membanyakkan susu. Malah ada yang hairan bila keadaan ini berlaku:

"Dah makan macam2 - air longan kering, air kurma merah, air rebusan halba tapi susu tak banyak pun"
"Hari2 minum air soya tapi susu cair saja"
"Saya makan vitamin sama macam Puan ZZZ tapi kenapa susu Puan ZZ nampak pekat tapi susu saya tak pun"

Pertama, haruslah selalu ingat bahawa:

PERTAMA, susu badan disediakan mengikut keperluan bayi. Bayi yang menyusu dalam kuantiti banyak perlu disediakan jumlah susu yang banyak juga. Jadi ibu yang anaknya minum banyak pasti menghasilkan susu yang lebih banyak.

Konsep permintaan dan pengeluaran digunakan.

KEDUA, susu pekat dan susu cair bergantung kepada banyak faktor. Mungkin cuaca (susu lebih cair bila panas), mungkin praktik mengepam ibu (susu lebih cair bila lambat mengepam), mungkin pemakanan ibu dans sebagainya.

Cairnya atau pekatnya susu badan, hakikatnya ibu menghasilkan kedua-duanya bagi memenuhi keperluan haus dan lapar si bayi.

KETIGA, pengambilan vitamin BUKAN penentu kesihatan atau penyusuan kerana ibu-ibu berbeza mempunyai aktiviti, tabiat makan dan sebagainya yang unik.

Ibu yang menyusukan anak, harus patuh pada piramid makanan, meskipun beliau mengambil milk booster atau supplement berbakul-bakul. Ini kerana:
  • Milk booster biasanya mengandungi sejenis nutrien sahaja.
  • Vitamin tiada kalori dan terdiri dari mikronutrien sahaja.
  • Tubuh ibu menyusu (dan sesiapa saja) perlukan makronutrient untuk menjadi blok binaan sel2 badan.
Ibu menyusu harus mengikuti program pemakanan (buat sendiri je) yang terdiri dari makanan2 dari kategori seperti dalam rajah di atas. Termasuk gambar orang tu, ibu menyusu juga perlu bersenam. Paling mudah ialah senaman buat kerja rumah dan naik turun tangga.

 Ingat ya, JANGAN GHAIRAH makan vitamin atau milk booster semata2. Pelbagaikan makanan anda. Bila badan cukup nutrisi, ibu sihat dan cantik susu pun 'cantik' :)

[SUSU IBU] Berapa Banyak Kenaikan Berat Bayi Susu Ibu?

Ramai ibu yang risau dengan kadar pertambahan berat badan bayi. Apa lagi bila bayi tu menyusu badan. Hingga ada yang menyarankan pemberian susu formula dan sebagainya untuk menaikkan berat badan.

Persoalannya, adakah pemberian susu formula pilihan yang tepat untuk menaikkan berat bayi?

Bayi susu ibu dan formula membesar pada kadar yang berbeza. Secara amnya, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap dan sihat (orang tua kata hantap), terutama dalam jangka masa panjang. Berikut adalah panduan am untuk pertumbuhan bayi yang diberikan susu ibu pada tahun pertama:

  • Pertambahan berat badan 112-200 gram seminggu pada bulan yang pertama
  • Purata 1/2 hingga 1 kilogram sebulan untuk tempoh enam bulan pertama
  • Purata 1/2 kilogram sebulan dari enam bulan hingga satu tahun

Bayi biasanya menambah panjang kira-kira satu inci sebulan (2.5cm) dalam tempoh enam bulan pertama, dan satu setengah inci sebulan dari enam bulan hingga satu tahun.

Pada tahun 1992, Dr. Katherine Dewey, University of California di Davis menjalankan satu kajian yang membandingkan corak pertumbuhan bayi susu ibu vs bayi susu formula. Dikenali sebagai kajian Darling, keputusan ini menunjukkan:

  • Bayi susu ibu dan susu formula berkembang pada kadar yang sama dalam beberapa bulan pertama.
  • Antara empat dan enam bulan, bayi yang diberi susu formula cenderung untuk mendapatkan berat badan yang lebih cepat.
  • Selepas tempoh enam bulan pertama, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Cuba pegang badan anak susu ibu dan anak susu formula. 

Berat tambahan di dalam bayi yang diberi susu formula adalah kerana takungan air yang berlebihan dan komposisi lemak badan yang berbeza. Penyelidik Darling mencadangkan agar carta pertumbuhan yang berbeza antara bayi susu ibu dan susu formula.

Pertambahan berat badan ditentukan oleh banyak faktor sebenarnya, bukan sekadar 'sebab dia menyusu badan'. Kerana bayi menyusu badan juga mempunyai keunikan dalam berat badan masing2/ Sebagai contoh, bayi susu ibu memiliki berat badan berbeza kerana disebabkan oleh keturunan yang mempunyai kadar metabolik yang berbeza, dan oleh itu tahap membakar kalori berbeza.

Bayi yang panjang dan kurus (dikenali sebagai 'banana baby') adalah hypermetabolizers. Mereka membakar kalori lebih cepat daripada bayi yang tembam iaitu 'apple baby' dan 'pear baby'. Banana baby biasanya cenderung meninggi tapi dari segi berat badan, mungkin kurang memberangsangkan.

Apple baby dan pear baby pula terbalik. Mereka ni lebih cepat bertambah berat dari meninggi.

Perangai bayi juga mempengaruhi pertambahan berat badan ya.

  • Bayi yang suka bersantai cenderung untuk membakar kurang kalori dan oleh itu berat badan naik dengan lebih cepat.
  • Bayi yang aktif lebih banyak membakar kalori dan mereka ni biasanya lebih kurus.

Kekerapan penyusuan susu ibu juga mempengaruhi pertumbuhan. Bayi yang mendapat feeding on demand lebih cepat tambah berat badan dari bayi yang menyusu mengikut jadual.

Seperti mana yang kita tahu, bayi menyusu mengikut kehendaknya, dan ada teori yang kata bayi akan berhenti menyusu bila keperluan kalorinya dipenuhi.

Jadi ibu jangan risau kalau bayi menyusu terlalu lama atau terlalu sekejap, sebab bayi kita bijak, dia tahu bila patut dia berhenti ^__^

[KEIBUBAPAAN] Merancang Jantina Anak

Saya kini dikurniakan 3 orang anak lelaki. Alhamdulillah, dengan kehadiran cahaya mata yang lincah (walaupun anak istimewa) memeriahkan rumahtangga kami berdua. Namun tetap terselit dalam hati saya untuk menimang anak perempuan pula. Mana tidaknya, bila saya tua nanti, pastinya memerlukan seorang teman baik, anak perempuan mungkin.

Pelbagai tips yang diberikan oleh kawan2 kepada kami, termasuk makan ikan dan sayur. Masalahnya itulah makanan ruji kami sepanjang berada di Miri, tapi kuasa Allah, lelaki juga :)

Bolehkah merancang jantina anak? Artikel di bawah memberi jawapannya:

--+---+---+--

Pernahkah anda terfikir kenapa bangsa China paling ramai sekali di dunia?

Cuba anda pergi ke US, terdapat bangsa China disana. Malah di negara kita sendiri pun ramai.

Tahukah anda terdapat rahsia yang diamalkan oleh bangsa China kuno dalam pemilihan jantina bayi? Sebab itulah bangsa mereka merupakan bangsa yang paling ramai di dunia.

Kira-kira 4 ribu tahun yang lepas, telah dihasilkan suatu kaedah bagaimana mendapat jantina bayi lelaki di Negara China.

Kenapa?

Kerana Maharaja China pada waktu itu sedang merancang untuk menakluki seluruh negara di benua asia termasuk Mongolia.

Mereka melakukan persiapan selama 15 tahun untuk itu. Mereka perlukan lebih ramai kaum lelaki untuk pergi berperang. Selepas 15 tahun mereka berjaya menakluki sebahagian besar benua Asia disebabkan mereka mempunyai ramai tentera lelaki.

Tahukah anda selepas peperangan tersebut status sosial menjadi tidak stabil. Terlalu ramai kaum lelaki berbanding kaum wanita. Ini membawa masalah sosial yang amat teruk di China ketika itu.

Taoist kuno pada ketika itu sibuk melakukan kajian bagaimana untuk meramaikan kembali kaum wanita. Akhirnya mereka berjaya dan mencatatkan kaedah menentukan jantina dalam satu manuskrip.

Kandungan Dalam Manuskrip Tersebut Kini Telah Terbongkar!

Setiap teknik dan kaedah menetukan jantina bayi akan dibongkar sebentar lagi. Teruskan bacaan anda. Bukan itu sahaja, saintis moden yang mengkaji bidang ini juga telah menambah baik kandungan manuskrip tersebut dan menghasilkan teknik-teknik yang terbukti berkesan sehingga 98%!

Apabila ovum dan sperma disenyawakan, anda berpeluang untuk mendapat 50% anak lelaki dan 50% anak perempuan. Namun, teknik yang bakal kami dedahkan nanti anda mampu mendapat keputusan 98% jantina anak yang dikehendaki. Kami bukan bercakap kosong kerana ia telah terbukti amat berkesan.

Kami tahu anda telah mencuba pelbagai cara untuk mendapat jantina bayi yang dikehendaki. Maaf kami katakan, anda mungkin telah menemui pelbagai bomoh dan pawang untuk menyelesaikan masalah anda.

Dan kami juga tahu ia memang terbukti tidak berhasil. Sudahlah membuang masa tapi hasilnya tiada. Anda kecewa bukan?

Anda juga mungkin telah diberikan/membeli pil atau ubat yang dikatakan mampu untuk mendapat jantina lelaki atau jantina perempuan. Ketahuilah tiada lagi ubat yang diciptakan dalam didunia ini mampu untuk menghasilkan jantina anak yang kita hendaki.

Walaupun ada kajian yang dilakukan kearah itu tetapi ia belum lagi terbukti berkesan. Tindakan anda membeli pil/ubat (mungkin dipasar malam) itu mendatangkan kesan lebih mudarat lagi. Mungkin anda dan pasangan anda akan MANDUL disebabkan ubat itu.

Tahukah Anda, Ada Kaedah Saintifik Penentuan Jantina Bayi Yang Haram?

Anda tentu pernah dengar bukan kaedah tabung uji. Dimana sperma dan ovum disatukan (disenyawakan) dalam tabung uji. Kemudian saintis akan melihat cantuman kromosom hasil persenyawaan tersebut.

Adakah ia membawa jantina bayi lelaki atau perempuan. Jika persenyawaan tersebut tidak menepati jantina pasangan tersebut, cantuman tadi akan dimusnahkan. Jika ia menepati kehendak pasangan itu, cantuman tadi akan dimasukan kedalam ovari.

Dalam Islam kaedah ini adalah HARAM sama sekali walaupun peratusan untuk mendapat jantina yang dikehendaki adalah 99.9%. Malah kaedah ini juga memakan kos yang amat tinggi iaitu kira-kira RM20 ribu.

Namun, ada Juga Kaedah-Kaedah Saintifik & Tidak Saintifik yang Lain Yang Dibenarkan Dalam Islam

Anda cukup bertuah kerana sebentar lagi kami akan dedahkan kepada anda teknik dan taktik yang amat berkesan untuk menentukan jantina bayi anda. Tanpa melibatkan sebarang kos dan terbukti berkesan. Malah kaedah dan teknik ini adalah HALAL disisi Islam.

Memperkenalkan…
--+---+---+--

Haruslah saya mencuba kaedah dalam ebook ini, semoga Allah mengizinkan kami menimang cahaya mata perempuan :)

Kalau nak dapatkan e-book ni atau maklumat lanjut, boleh dapatkannya dengan KLIK PADA LINK INI.

[WAHM] Buat Duit Dengan E-Book

Ibu yang mahir menulis boleh memulakan era penulisan dengan menulis e-book untuk jualan. Penulisan e-book lebih mudah dan menguntungkan berbanding buku biasa kerana kos yang perlu dikeluarkan tidak banyak, dan ia boleh menjadi residual income.

Antara asas yang perlu ada untuk buat duit dengan e-book adalah:
  • Hosting
  • Domain
Optional:
  • PDF Creator & Converter
  • Adobe Photoshop
  • Website design software
Kerajinan dan masa... itu dah semestinya benda yang paling utama kena ada. Atau kalau tak sempat sangat boleh upah orang (kalau ada duit).

Yang part optional tu sebab boleh upah orang je buatkan. Untuk hosting dan domain saya sarankan punya sendiri untuk memudahkan proses kita.

Satu benda saya nak kongsi dengan mereka yang nak buat duit dengan e-book ni ialah benda ni:



Tentu menarik bila e-book kita didatangkan dalam bentuk begini bukan
OK memang mudah sangat bila gunakan script e-Cover jualan ni. Sangat simple, siapa2 pun boleh buat. Kalau nak tengok2 dan baca testimonials tentang e-Cover jualan boleh klik banner di bawah. Saya pun menggunakan script ni. Sangat mudah!

[KEIBUBAPAAN] Panduan Buat Bakal Ibu

Setiap bakal ibu, meskipun dan ramai anak, apa lagi yang baru pertama kali mengandung, pasti mengalami perasaan yang pelbagai.. salah satunya tak sabar menyambut orang baru dan berdebar tentang persiapannya.

Mungkin apa yang bermain dalam fikiran bakal ibu:
  • Tidak tahu apa persediaan dan kelengkapan yang perlu dibuat semasa hamil, saat bersalin dan selepas bersalin?
  • Tidak tahu apakah langkah-langkah yang perlu diambil selepas anda disahkan hamil atau bila suami mengetahui isteri mengandung
  • Tidak pasti di mana harus dimulakan dahulu semasa menanti cahayamata atau bayi
  • Tidak pasti apakah perancangan yang perlu diambil dari saat hamil sehingga bersalin
Ibu juga mungkin nak tahu:
  • Tanda-tanda kehamilan
  • Apakah langkah yang harus diambil selepas anda disahkan hamil sehingga bersalin
  • Apakah yang perlu disediakan untuk bayi dan ibu hamil
  • Perubahan yang bakal ibu hamil atau ibu mengandung alami
  • Masalah-masalah yang bakal ibuhamil atau ibu mengandung hadapi
  • Amalan-amalan yang perlu diamalkan oleh ibu hamil atau ibu mengandung semasa hamil
  • Petua-petua dan tips untuk ibu sebelum dan selepas bersalin
  • Tanda-tanda untuk bersalin atau saat-saat kelahiran.
Tak perlu susah-susah lagi sebab puan-puan boleh mendapatkan maklumat tu dengan mudah dalam e-book ni:
*klik pada gambar untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian ebook Panduan Bakal Ibu.

Maklumlah nak jadi ibu zaman sekarang ni kena penuh ilmu di dada.. supaya ada benda tak kena, senang kita nak sedar benda tu tak patut berlaku.

Semoga ibu2 hamil semua selamat menjalani pengalaman mengandung dan bersalin nanti!

[SUSU IBU] Tips Penyusuan Di Tempat Awam

Penyusuan susu ibu, meskipun ia adalah natural, namun harus kita akui ia perkara baru yang tidak menjadi norma dalam masyarakat kita. Ramai ibu bapa yang tidak tahu kebaikan susu ibu akibat disogok oleh fahaman 'susu formula untuk bayi' dan promosi susu-susu formula di pasaran.

Justeru, penyusuan susu ibu masih memerlukan perhatian yang serius, kerana ia sering dikaitkan dengan hal-hal berhubung dengan seksual. Apa lagi jika penyusuan tersebut dilakukan di tempat awam.

Bagi ibu Muslimah, penyusuan susu ibu kadangkala menjadi 'masalah' untuk menyusukan anak di tempat awam kerana aurat pada bahagian yang digunakan untuk tujuan penyusuan. Ramai ibu yang memilih untuk membawa susu perahan dalam botol.. namun hakikatnya penyusuan secara terus lebih mudah, bersih dan menyihatkan.
Bagaimana untuk memulakan penyusuan di tempat awam?

Ikuti tips-tips di bawah:

1. Pakailah pakaian yang sesuai untuk penyusuan.

Kini terdapat banyak pilihan nursing wear atau baju menyusu, dari tradisional hinggalah gaya moden. Sesuai untuk ibu Muslimah menyusukan anak di mana saja.

Anda boleh mendapatkan baju-baju menyusu pilihan di:

www.blingboutique.biz
www.adrinis.com

2. Gunakan nursing cover

Kain yang berbentuk umpama apron yang digunakan untuk menutup ruangan menyusu sewaktu sesi penyusuan di tempat awam.

Anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan nursing cover di: http://chomelnursingcover.com/store

3. Gunakan bilik menyusu yang disediakan

Sesetengah shopping complex menyediakan bilik menyusu untuk ibu-ibu menyusukan anak mereka. Antara shopping complex di Kuala Lumpur dan selangor yang menyediakan nursing room:
  • Suria KLCC, Kuala Lumpur
  • Ikea, Mutiara Damansara
  • The Curve, Mutiara Damansara
  • IPC, Mutiara Damansara
  • Cawangan Jusco
  • Cawangan Parkson
  • Alamanda, Putrajaya
  • Sogo, Kuala Lumpur
  • Bangsar Shopping Centre, Bangsar
  • ...dan banyak lagi kompleks membeli-belah yang menyediakannya untuk kemudahan ibu menyusu.
 4. Minta kerjasama dari suami

Keizinan suami penting untuk menyusukan anak di mana-mana lokasi. Jadi mintalah suami menjadi 'pelindung' sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
5. Gunakan alat gendong bayi yang sesuai untuk penyusuan

Kini terdapat alat gendong bayi yang sesuai untuk menyusukan bayi secara terus. Malah lebih mudah, anda boleh lakukannya dengan berjalan!

6. Just do it!

Tak perlu pening-pening kepala.. Penyusuan susu ibu sepatutnya memudahkan dan dibanggakan. Jadikan ia mudah di mata anda dan di mata semua orang, bahawa penyusuan susu ibu adalah yang terbaik!

Yakin boleh untuk menyusukan anak di tempat awam (jaga aurat ya!), yang penting JANGAN SUSUKAN ANAK DALAM TANDAS!

[TIPS SIHAT] Tips Menggalakkan Pemakanan Sihat di Kalangan Anak-Anak

Pemakanan sihat adalah penting untuk tumbesaran anak2, bukan saja dari segi perkembangan fizikal, malah mentalnya memerlukan zat yang cukup untuk berkembang.

Namun dilema yang seringkali dihadapi ibu2 adalah masalah anak tidak mahu makan atau mengalami 'food jag'. Ikuti tips di bawah untuk membantu mengatasi masalah pemakanan di kalangan anak-anak.

1. Rancang makanan untuk anak. Boleh sediakan jadual penyediaan makanan untuk masa seminggu dan ikutilah jadual itu.

2. Sediakan pelbagai jenis makanan yang boleh anak pilih.

3. Jangan risau dengan food jag kerana ia normal. Berkreatif dengan makanan pilihan anak.

4. Bersabar bila anak tak mahu sentuh makanan dalam pinggannya.

5. Sediakan snek sihat di rumah.

6. Kurangkan/jangan kenalkan makanan ringan kepada anak.

Tips Menyediakan Snek Sihat

i. Sediakan sayur/buah yang sedia dimakan.
ii. Sediakan bijirin, pretzel atau biskut berkhasiat bagi menggantikan cikedis.
iii. Sediakan popsickle dari jus buahan sebagai ganti aiskrim.

Bila anak enggan makan, jangan ambil mudah. Ia mungkin berkait dengan kekurangan nutrisi, kecacingan atau menghidap penyakit.

Untuk masalah tiada selera kerana kurang nutrisi, Meal Shakes insya-Allah boleh membantu masalah anak anda.



Hubungi saya untuk konsultasi percuma ^__^

[HOMESCHOOL] Tafsir Quran Per Kata - Quran Syamil

Membaca al-Quran adalah satu amalan yang seharusnya menjadi rutin dalam kehidupan seorang Muslim. Namun, baca sahaja tanpa memahami maksudnya seolah-oleh membaca preskripsi yang diberi oleh doktor tanpa memakan ubatnya [Syed Qutb : Manhaj Hidup Muslim]. Jadi amatlah terbaik jika kita dapat membaca al-Quran dan memahami isinya serta mengamalkan ajarannya.

Bagi mereka yang tidak ada latarbelakang pengajian Arab, mungkin agar sukar untuk mengagak perkataan yang tepat bagi menterjemah ayat-ayat dalam bahasa Arab di dalam al-Quran. Berlainan frasa mungkin.

Jadi amat tepat untuk mendapatkan Tarfsir Per Kata Quran Syamil ini sebagai teman bacaan al-Quran harian.


Seperti dalam gambar, dengan tafsir Quran Syamil ni kita dapat membaca dan memahami setiap perkataan dalam Bahasa Arab. Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan terjemahan, doa, tanda bacaan, asbabun nuzul dan banyak lagi.

Mana tidaknya ada 22 ciri dalam Quran Syamil ni:

1. Terjemah Tafsiriyah Per Kata
2. Keyword
3. Sistem Pewarnaan Tajwid
4. Panduan Hukum Tajwid
5. Terjemahan Kementerian Agama
6. Munasabah Ayat dan Surah
7. Tafsir Ath-Thabari
8. Tafsir Ibnu Katsir
9. Hadits Sahih
10. Doa dan Zikir
11. Kosakata
12. Asbabunnuzul
 13. Doa Dalam Al-Qur’an
14. Khazanah Pengetahuan
15. Tanda-tanda Dalam Al-Qur’an
16. Asmaul Husna Effect
17. Indeks Tematik
18. Sirah Nabawiyah (bonus)
19. Atlas Sirah Nabawiyah (bonus)
20. Analisis Peta (bonus)
21. Zikir Al-Ma’thurat (bonus)
22. DVD metod SYABANA (bonus)

Pilihan bijak untuk ibu-ibu yang mengamalkan homeschool bagi menambah ilmu dalam pengajian al-Quran di rumah.
 Apa lagi, dapatkan senaskhah, pasti bermanfaat insya-Allah.

[SUSU IBU] Tips Penyusuan Susu Ibu Dari Nenek

Orang-orang Melayu mempunyai bahasa yang halus dan tersirat. Buktinya banyak peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dengan tutur kata sehari-hari. Seorang Melayu yang masih kuat nilai kemelayuannya amat menjaga tutur kata dan berbasa-basi dalam berkata-kata.

Oleh itu, banyak pesan orang tua yang mendalam maksudnya.

Begitu juga dengan tips-tips penyusuan susu ibu. Walaupun mereka bukanlah mempelajari sains tentang susu ibu, namun pesan nenek sebenarnya satu ilmu yang amat menarik untuk digali.

Tips Penyusuan Susu Ibu Dari Nenek:
  1. Sebelah kiri air, sebelah kanan nasi.
    •  Nasihat ini adalah supaya kita menyusukan bayi dengan kedua2 belah payudara. Sebagaimana nasihat 'makan nasi sampai kenyang', susukan bayi dengan sebelah payudara (dalam kes ini, sebelah kanan=nasi) sehingga payudara kosong, kemudian tukar ke sebelah kiri (air).
    • Hakikatnya, setiap payudara mempunyai foremilk (cair) dan hindmilk (pekat, berlemak) yang berperanan mengenyangkan dan menghilangkan kehausan si bayi.
  2. Nak tambah susu makan kucai, jantung pisang, tempe, pucuk betik, halba. etc. Minum longan kering, etc.
    • Nenek mengajar agar kita makan makanan berkhasiat. Kucai, pucuk betik adalah antara sayuran yang mengandungi Vitamin B Complex, Vitamin A dan sebagainya; pucuk betik dan tempe mengandungi protein; halba mengandungi zat besi; dan air longan kering membekalkan kalori... semua vitamin dan mineral ini adalah penting untuk ibu menyusu badan.
Gabungan petua nenek untuk tambah susu (1) stimulasi dan (2) pemakanan adalah kombinasi terbaik dalam penyusuan susu ibu.

Ini kerana keperluan nutrisi ibu menyusu badan adalah lebih tinggi berbanding orang biasa dan ibu mengandung. Makanan penambah susu di atas, tidak berkuasa untuk membanyakkan susu, lebih2 lagi bila ibu kurang makronutrient, misalnya kurang makan nasi, kurang air dan sebagainya. Apa lagi bila kurang stimulasi.

Ia umpama sebuah restoran, makin ramai orang datang makan di restoran, makin banyaklah pengeluaran yang harus restoran tersebut sediakan. Dan semakin enak makanan di restoran itu, semakin ramailah yang datang.

Jadi, semakin ibu menjaga kesihatan, semakin banyak permintaan dari bayi (dan pam), semakin banyaklah susu ibu dihasilkan.

Penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang harus dilihat secara holistik. Ia adalah satu penerokaan, bukan sekadar memberi 'makanan' kepada bayi.

[KESIHATAN] Protozoa Penyebab Cirit-Birit

CUKUP menakutkan apabila parasit halus menjadikan tubuh manusia sebagai perumah tanpa kita sedari...

Jika dahulu masyarakat sering didedahkan dengan bahaya cacing tularan tanah seperti cacing gelang, cacing cambuk, cacing kait dan cacing benang, kini jangkitan protozoa juga tidak harus dipandang ringan.

Malah, bagi mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, kehadiran parasit daripada pelbagai jenis terutama protozoa menjadikan keadaan lebih serius.

Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, perkara ini bukan sesuatu yang baru dalam penyelidikan berkaitan parasit yang menjadi ancaman kepada kesihatan manusia.

Bagi pesakit AIDS atau kanser yang sedang menjalani rawatan kimoterapi, kebarangkalian untuk dijangkiti parasit usus adalah agak tinggi, katanya.

Protozoa pembunuh

Jelas Norhayati, infeksi protozoa terhadap golongan yang mempunyai sistem imun badan lemah dikenali melalui simptom cirit-birit berpanjangan, hilang selera makan dan turun berat badan.

Jelasnya, protozoa usus daripada jenis koksidia seperti Cryptosporidium parvum dan Isospora belli serta kumpulan mikrosporida usus menjadi penyebab utama cirit-birit berpanjangan.

Norhayati juga menjelaskan, secara amnya, infeksi parasit usus sering ditemui dalam masyarakat namun penghidapnya tidak mempunyai gejala yang jelas.

Oleh itu, kes-kes jangkitan ini jarang dikesan di pusat kesihatan dan hospital.

Keadaan ini amat berbeza dengan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria atau virus seperti H1N1, di mana pesakit menunjukkan gejala, jelasnya yang turut menyatakan infeksi ini melibatkan protozoa dan cacing tularan tanah (STH).

Hasil kajian mendapati hampir 80 peratus jangkitan usus ini menular secara senyap kerana tiada gejala khusus.

Ujarnya, meskipun Malaysia merupakan negara membangun, masalah jangkitan parasit usus masih membelenggu penduduk di beberapa kawasan.

Disebabkan sebaran parasit ini menular melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis manusia, taburan penyakit lebih banyak ditemui di kalangan penduduk yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai sistem pembuangan najis yang baik serta bekalan air bersih seperti air sungai.

Ganggu tumbesaran

Tambah beliau, infeksi protozoa usus terutama Giardia intestinalis boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak.

Jelasnya, terdapat beberapa mekanisme bagaimana parasit usus menyebabkan mulnutrisi terhadap kanak-kanak malah golongan dewasa.

Selain mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, pesakit juga akan mengalami ciri-birit yang kronik, muntah dan sakit di bahagian abdomen.

Kesan-kesan ini akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembagan fizikal dan mental kanak-kanak terbantut, katanya.

Dalam pada itu, kawalan dan pencegahan infeksi parasit usus mungkin memerlukan pendekatan yang baru kerana kajian terbaru membuktikan sumber infeksi protozoa spesies Giardia intestinalis bukan saja daripada manusia ke manusia tetapi melalui anjing dan roden.

Walaupun jangkitan parasit usus ini mempunyai kadar kematian yang rendah dan jarang diperkatakan umum, kawalan dan pencegahan harus dipertingkatkan kerana ia mampu mengganggu kualiti hidup seseorang, ujarnya.

Sumber : KOSMO Online 

Nota Ibu: Kata kuncinya ialah menjaga kebersihan terutama pengurusan tandas dan makanan untuk anak-anak. Cuci tangan setiap kali menguruskan lampin anak-anak, dan setiap kali ke tandas, serta sebelum menyediakan makanan.

[KESIHATAN] Tips Cepat Sembuh Bila Anak Demam

Malam Khamis lepas, Fahry datang kepada saya memegang kepalanya.

"Mami, Fahry demam, nak makan ubat" kata dia.

Saya memegang kepala dan badannya, tiada tanda demam. Lalu saya neri dia minum air Musoffa untuk tidak menghampakannya. Saya katakan padanya, "Fahry dah sihat, dah tak demam OK".

Malam itu, kami tidur seperti biasa. Masa tu suami saya tiada di rumah, outstation ke Sarawak. Dalam jam 3 pagi saya terjaga. Badan Fahry sangat panas. Terkejut dan terkesima kerana dia tiada apa2 tanda nak demam, batuk pun tiada. Saya agak mungkin aduan "Fahry demam" tadi tu dia nak beritahu dia sakit kepala.

Saya tuam badannya dengan kain yang dicelup larutan Basic-H (1-2 titik Basic H saya letak dalam air segayung). Disebabkan badannya terlalu panas (hampir 40 darjah celcius), saya memberinya sirap paracetamol untuk menurunkan suhu badannya di samping sponging seluruh badan (berperang juga sebab dia taknak buka baju).

Kebetulan esok paginya suami saya tiba dari Sarawak, jadi kami membawa Fahry berjumpa pakar kanak2. Suhu badannya masih 39.5 darjah Celcius. Fahry mengadu dadanya sakit. Ia memang merisaukan saya kerana dia pernah dimasukkan ke wad sebanyak 2 kali kerana jangkitan paru2.

Doktor yang merawatnya memberitahu terdapat kahak di paru2nya, tapi belum dijangkiti kuman. Terdapat jangkitan di bahagian trakea ke bronchus-nya. Mungkin sebab itu Fahry mengadu sakit.

Pulang ke rumah, saya mengambil cuti menjaga Fahry. Demamnya masih tinggi sampai menggigil.

Alhamdulillah Fahry dah sembuh dan kembali ceria, hari Sabtu kami ke Kuala Terengganu untuk majlis perkahwinan datuk saudara Fahry, dan dia lincah berlari-lari.

Fahry, seperti biasa anak yang kuat semangat. Katanya "Fahry nak sihat sebab Fahry nak swimming". Menjadi rutin kami membawa anak2 berenang di hujung minggu kalau tak ada komitmen lain. Maka dapatlah Fahry berenang hujung minggu tu :)

OK berbalik pada topik.

Demam ni adalah perkara yang merisaukan ibu bapa. Bila anak demam, ibu bapa jadi panik dan mungkin tertanya2 "Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?"

Pertama kita kena tahu apakah itu demam? Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba2 disebabkan oleh tubuh anak kita terdedahnpada virus baru. Sebab tu lah selalu jumpa doktor, dia kata "Ini viral fever".

Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita sendiri.

Sistem imuniti berbeza2 pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

Kerana itulah anak2 selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.

Jadi ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalai rasa badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C, sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh jad indicator kepada penyakit2 lain, seperti:

- denggi
- jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
- jangkitan bakteria seperi sreptococus
- pendarahan dalaman
- petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
- jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
- penyakit autoimune
- kerosakan organ dalaman

Dalam kes2 di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Kalau tak demam macamana kalau tiba2 dah tahu sakit lukaemia peringkat ke-4... Oleh itu kalau sering demam panas, jangan pandang enteng. Lebih2 lagi demam panas boleh membawa kepada sawan.

Tips ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-

1- Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak)
2- Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam. Kalau di bawah 38 degree C, saya selalu beri anak minum air Musoffa dan Performance drink.
3- Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
4- Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak. Alternatif, saya beri anak minum Performance Drink.
5- Saya berikan anak2 saya Nutriferon semasa mereka demam.
6- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
7- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
8- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
9- Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
10- Doakan yang baik2... Jangan terlalu ikut emosi.

*** Tips untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu cepat2 rujuk pada doktor... Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir2 dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang 'merosakkan' badan anak itu.