[Susu Ibu] Cara Buat Power Pumping

Power pumping?

Bagi ibu2 yang menyusukan anak mungkin sinonim dengan istilah ini. Power pumping ialah satu kaedah mengepam untuk merangsang pengeluaran susu yang mana ia meniru cara penyusuan 'cluster feeding' iaitu - menyusu sekejap2 tapi kerap.




Tahukah anda penyusuan sekejap-tapi-kerap sangat bagus untuk stimulasi susu ibu. Jadi usah gusar bila bayi suka minum sekejap dan kerap.

Berbalik kepada power pumping, ia biasanya dipraktikkan apabila susu badan berkurangan.

Mind you that tidak ada milk booster yang boleh membantu sekiranya anda tidak merangsang susu keluar, misalnya dengan power pumping.

Ini kerana konsep penyusuan berdasarkan "bekalan dan permintaan", bekalan adalah berkadaran dengan permintaan.

Dari mana datang permintaan itu = hisapan bayi & perahan susu ibu.

Jadi, adakah milk booster tidak membantu?

Analoginya, untuk menjadikan kereta bergerak, kita perlu tekan pedal minyak. Kita andaikan gerakan kereta adalah jumlah susu (bekalan), penekanan pedal adalah rangsangan (permintaan) dan perkakas dalam kereta seperti kusyen, stereng, etc adalah milk booster atau sebarang makanan yang terlibat.

Bolehkah kita menggerakkan kereta tanpa stereng? BOLEH. Tanpa kusyen? JUGA BOLEH.

Tapi kereta tak bergerak kalau kita tak tekan minyak.

Kerana itu pentingnya stimulasi itu tadi. Walau pakai kusyen canggih termahal pun, kereta tak gerak kalau tak tekan minyak. Ambik milk booster terbaik pun, susu takkan banyak tanpa rangsangan.

Oleh itu tidak kira anda mengamalkan milk booster jenis apa atau vitamin meyusu jenis apa, pam/direct feeding adalah WAJIB.



Power pumping ada banyak cara. Bergantung kepada jenis pam anda.

Kata kunci paling utama untuk power pumping - SATU JAM

Power pumping pam single.

5 minit kiri, 5 minit kanan, 5 minit kiri, 5 minit kanan

10 minit kiri 10 minit kanan, 10 minit kiri 10 minit kanan

Power pumping pam double

5 minit pam, 5 minit rest, 5 minit pam, 5 minit rest
10 minit pam, 10 minit rest, 10 minit pam, 10 minit rest.

Lakukan ulang2 selama sejam

Bila boleh buat? Bila2 asalkan free time.

Saya juga sedang giat ber-power pumping sekarang. Maklumla susu drop sejak berada di luar negara..

Hari pertama 6 oz
Hari kedua 6 oz
Hari ketiga 6 oz
Hari keempat 7.5 oz
Hari kelima 9 oz

Syukur pada Allah.

Jadi jangan cepat beralah bila susu badan semakin berkurangan. Susu badan tidak kering kecuali....

[Makanan Sihat] Kebenaran Tentang MSG

Kita biasa dengan slogan "MSG merosakkan otak", "no-MSG food" dan sebagainya..



Namun tahukah anda apa MSG sebenarnya?

MSG atau monosodium glutamate, adalah terdiri dari garam (sodium/natrium) dan asid glutamik (glutamate) yakni sejenis asid amino yang terdapat secara semulajadi dalam makanan2 seperti keju, ayam, tomato dan kicap. MSG dalam masakan diperbuat daripada gula tebu yang ditapai.

Tahukah anda MSG juga dikenali sebagai 'the fifth taste' atau rasa ke-5 selain 4 rasa : manis, masin, masam dan pahit.

MSG telah digunakan dalam masakan terutama masakan Cina sejak sekian lama, namun pada tahun 1968, seorang doktor telah melaporkan kepada New England Journal of Medicine bahawa beliau telah jatuh sakit selepas makan makanan Cina, antara lain menyebut kandungan MSG di dalamnya.

Maka timbul bermacam2 cerita tentang bahaya MSG, termasuk peristiwa 'pertarungan' antara pengeluar sup - Campbell dan Progresso - yang mana kedua2 saling merendahkan yang lain, bila Progresso tidak menggunakan MSG dan Cambell menggunakannya. Akhirnya kita mendapat mesej bahawa MSG BAHAYA UNTUK KESIHATAN, MENYEBABKAN PELBAGAI PENYAKIT DAN KEGEMUKAN.

Namun, beberapa ujian telah dibuat terhadap orang yang sama dilaporkan 'sakit' kerana MSG, dan hasilnya..

(1) Mereka didapati alergik kepada makanan yang telah dimasukkan MSG itu, bukan MSG. Contohnya makanan laut, ayam dan sebagainya.
(2) MSG mengandungi 1/3 kandungan garam dari garam biasa.

Walau bagaimanapun, dari kajian yang diselia oleh FDA, kebanyakan orang memang mennjukkan ciri2 dramatik selepas mengambil MSG dalam kuantiti yang banyak semasa perut kosong, seperti sakit kepala, sakit dada dan sebagainya.

Namun begitu sehingga kin tiada bukti yang benar2 kukuh bahawa MSG memudaratkan kesihatan.

Tapi, lebih baik kita berhati2.. tapi jangan melampau.. Makanlah makanan yang seimbang dan kurangkan mengambil makanan rapu.

Demikian juga, "sindrom-takut-MSG" memberi peluang kepada pengeluar makanan untuk menghasilkan Produk Tanpa MSG tapi mengandungi bahan2 yang dinamakan Vegetable Protein Extract, atau Yeast Extraxt dan Hydrolyzed Soy Protein... yang mengandungi glutamate...

Jadi sebenarnya kita masih mengambil MSG :)