[Susu Ibu] Cara Buat Power Pumping

Power pumping?

Bagi ibu2 yang menyusukan anak mungkin sinonim dengan istilah ini. Power pumping ialah satu kaedah mengepam untuk merangsang pengeluaran susu yang mana ia meniru cara penyusuan 'cluster feeding' iaitu - menyusu sekejap2 tapi kerap.




Tahukah anda penyusuan sekejap-tapi-kerap sangat bagus untuk stimulasi susu ibu. Jadi usah gusar bila bayi suka minum sekejap dan kerap.

Berbalik kepada power pumping, ia biasanya dipraktikkan apabila susu badan berkurangan.

Mind you that tidak ada milk booster yang boleh membantu sekiranya anda tidak merangsang susu keluar, misalnya dengan power pumping.

Ini kerana konsep penyusuan berdasarkan "bekalan dan permintaan", bekalan adalah berkadaran dengan permintaan.

Dari mana datang permintaan itu = hisapan bayi & perahan susu ibu.

Jadi, adakah milk booster tidak membantu?

Analoginya, untuk menjadikan kereta bergerak, kita perlu tekan pedal minyak. Kita andaikan gerakan kereta adalah jumlah susu (bekalan), penekanan pedal adalah rangsangan (permintaan) dan perkakas dalam kereta seperti kusyen, stereng, etc adalah milk booster atau sebarang makanan yang terlibat.

Bolehkah kita menggerakkan kereta tanpa stereng? BOLEH. Tanpa kusyen? JUGA BOLEH.

Tapi kereta tak bergerak kalau kita tak tekan minyak.

Kerana itu pentingnya stimulasi itu tadi. Walau pakai kusyen canggih termahal pun, kereta tak gerak kalau tak tekan minyak. Ambik milk booster terbaik pun, susu takkan banyak tanpa rangsangan.

Oleh itu tidak kira anda mengamalkan milk booster jenis apa atau vitamin meyusu jenis apa, pam/direct feeding adalah WAJIB.



Power pumping ada banyak cara. Bergantung kepada jenis pam anda.

Kata kunci paling utama untuk power pumping - SATU JAM

Power pumping pam single.

5 minit kiri, 5 minit kanan, 5 minit kiri, 5 minit kanan

10 minit kiri 10 minit kanan, 10 minit kiri 10 minit kanan

Power pumping pam double

5 minit pam, 5 minit rest, 5 minit pam, 5 minit rest
10 minit pam, 10 minit rest, 10 minit pam, 10 minit rest.

Lakukan ulang2 selama sejam

Bila boleh buat? Bila2 asalkan free time.

Saya juga sedang giat ber-power pumping sekarang. Maklumla susu drop sejak berada di luar negara..

Hari pertama 6 oz
Hari kedua 6 oz
Hari ketiga 6 oz
Hari keempat 7.5 oz
Hari kelima 9 oz

Syukur pada Allah.

Jadi jangan cepat beralah bila susu badan semakin berkurangan. Susu badan tidak kering kecuali....

[Makanan Sihat] Kebenaran Tentang MSG

Kita biasa dengan slogan "MSG merosakkan otak", "no-MSG food" dan sebagainya..



Namun tahukah anda apa MSG sebenarnya?

MSG atau monosodium glutamate, adalah terdiri dari garam (sodium/natrium) dan asid glutamik (glutamate) yakni sejenis asid amino yang terdapat secara semulajadi dalam makanan2 seperti keju, ayam, tomato dan kicap. MSG dalam masakan diperbuat daripada gula tebu yang ditapai.

Tahukah anda MSG juga dikenali sebagai 'the fifth taste' atau rasa ke-5 selain 4 rasa : manis, masin, masam dan pahit.

MSG telah digunakan dalam masakan terutama masakan Cina sejak sekian lama, namun pada tahun 1968, seorang doktor telah melaporkan kepada New England Journal of Medicine bahawa beliau telah jatuh sakit selepas makan makanan Cina, antara lain menyebut kandungan MSG di dalamnya.

Maka timbul bermacam2 cerita tentang bahaya MSG, termasuk peristiwa 'pertarungan' antara pengeluar sup - Campbell dan Progresso - yang mana kedua2 saling merendahkan yang lain, bila Progresso tidak menggunakan MSG dan Cambell menggunakannya. Akhirnya kita mendapat mesej bahawa MSG BAHAYA UNTUK KESIHATAN, MENYEBABKAN PELBAGAI PENYAKIT DAN KEGEMUKAN.

Namun, beberapa ujian telah dibuat terhadap orang yang sama dilaporkan 'sakit' kerana MSG, dan hasilnya..

(1) Mereka didapati alergik kepada makanan yang telah dimasukkan MSG itu, bukan MSG. Contohnya makanan laut, ayam dan sebagainya.
(2) MSG mengandungi 1/3 kandungan garam dari garam biasa.

Walau bagaimanapun, dari kajian yang diselia oleh FDA, kebanyakan orang memang mennjukkan ciri2 dramatik selepas mengambil MSG dalam kuantiti yang banyak semasa perut kosong, seperti sakit kepala, sakit dada dan sebagainya.

Namun begitu sehingga kin tiada bukti yang benar2 kukuh bahawa MSG memudaratkan kesihatan.

Tapi, lebih baik kita berhati2.. tapi jangan melampau.. Makanlah makanan yang seimbang dan kurangkan mengambil makanan rapu.

Demikian juga, "sindrom-takut-MSG" memberi peluang kepada pengeluar makanan untuk menghasilkan Produk Tanpa MSG tapi mengandungi bahan2 yang dinamakan Vegetable Protein Extract, atau Yeast Extraxt dan Hydrolyzed Soy Protein... yang mengandungi glutamate...

Jadi sebenarnya kita masih mengambil MSG :)




[KESIHATAN] Fahami Tentang Keracunan Makanan di Kalangan Anak-Anak

Keracunan makanan adalah adalah satu hal yang mendapat perhatian besar dalam bidang kesihatan dan industri makanan. Dari kes yang paling ringan hingga yang boleh menyebabkan kematian, hakikatnya keracunan makanan adalah antara masalah yang sering menyerang terutama kanak-kanak sekolah.

Tahukah anda penyebab utama keracunan makanan?

Menurut FDA, keracunan makanan disebabkan oleh (mengikut turutan paling berbahaya):

1. Keracunan disebabkan microbio iaitu kuman dan bakteria
2. Keracunan disebabkan oleh toksin semulajadi dalam makana
3. Sisa-sisa bahan kimia industri, pestisid, hormom dsn antibiotik haiwan
4. Pemprosesan makanan
5. Bahan2 yang ditambah ke dalam makanan
6. GMO

Jadi, 2 penyebab paling utama keracunan ialah kuman; dan makanan itu sendiri yang bertoksik.

Keracunan makanan disebabkan oleh kuman terbahagi kepada 2: toksik dalam makanan dan jangkitan kuman.

Toksik dalam makanan terjadi bila makanan terdedah kepada bakteria, dan bakteria ni menghasilkan toksik yang memberi kesan pada tubuh. Jangkitan pula ialah berlaku bila bakteria dalam makanan terdedah ni membiak dalam usus.

Bakteria yang menghasilkan toksik menghasilkan 2 jenis toksin : enterotoksin dan neurotoksin. Enterotoksin menyerang mukus membran dalam usus, manakala neurotoksin menyerang sistem saraf.

Kebanyakan bakteria, virus dan parasit ini merebak dengan cara:-

- Penyediaan makanan yang tidak betul
- Tidak membasuh tangan dengan sabun selepas ke tandas
- Membiarkan luka/kudis terbuka di tangan
- Tidak menjaga kebersihan
- Air yang tidak ditapis dan tidak dimasak

Kanak2 yang masih lemah sistem imuniti tubuhnya, lebih mudah untuk mendapat jangkitan dan kesan toksin serta efek keracunan ni.

Keracunan makanan hendaklah dirawat segera, terutama bagi bayi dan kanak2 kerana ia boleh membawa kepada simptom lain yang berbahaya.



Langkah2 Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Selamat

(1) Pastikan makanan sejuk sentiasa disejukkan.
(2) Cuci tangan dan permukaan penyediaan makanan.
(3) Pastikan makanan panas sentiasa dipanaskan.
(4) Elakkan cross-contaminant

Pastikan makanan anda dimasak dengan betul terutama makanan bayi, kerana dalam telur separuh masak, daging separuh masak dan makanan laut mengandungi bakteria E. Coli yang melepaskan enterotoksin yang boleh menyebabkan cirit-birit.

[SUSU IBU] Kenali Personaliti Penyusuan Si Manja Anda

Puan Nora berasa keluh kesah kerana bayinya yang baru berusia seminggu, Anas seperti tidak berminat untuk menyusu badan. Anas tidak seperti sepupunya, Rafi yang kelihatan sangat berselera menyusu dengan ibunya. Keadaan ini membuatkan Puan Nora tertekan dan mula memikirkan untuk memberi susu formula kepada Anas.

Pernah tak alami situasi seperti di atas?

Kebiasaan masyarakat kita mempunyai tanggapan seperti: bayi lelaki minum lebih banyak dan lebih 'excited' berbanding bayi perempuan. Masyarakat kita juga memandang bayi yang terlalu kerap menyusu dan terlalu lama jarak penyusuan sebagai satu masalah besar - ibu tak ada/tak cukup susu.

Persoalannya, benarkah?

Sebenarnya, seperti juga orang dewasa, bayi kita ada personaliti dan perangai masing2 bila melibatkan kerja utama mereka - menyusu. Kajian dari Universiti Yale tentang bayi yang menyusu badan meneamui rumusan bahawa, SETIAP BAYI MENYUSU BADAN MEMILIKI PERSONALITI YANG BERBEZA.

Mereka telah mengklasifikasikan personaliti ini kepada 5 kategori:

Barracuda, excited-inefective, proscrastinator, gourmet dan rester.

Jom kita tengok keunikan personaliti2 tersebut dan menyelidik, BAYI ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI PERSONALITI YANG MANA?

Barracuda

Kalau anda pernah tonton filem animasi 'Finding Nemo', anda akan temui bahawa telur2 ikan milik Marlin dan Coral telah diserang Barracuda, hinggal tinggal satu je yang selamat- Nemo.

Barracuda ialah sejenis ikan pemangsa yang ganas dan 'makan-apa-saja'. Sementelah bayi yang berpersonaliti barracuda ni boleh dikatakan jenis yang kuat minum susu. Mereka ni tak sabar2 nak menyusu, mungkin mengamuk bila ibu lambat sikit. Jarak penyusuan pun mungkin tak panjang, dalam 10-20 minit dah mintak susu.

Penyelesaian : Ibu kena ambil masa untuk belajar posisi dan cara latching yang betul SEBELUM bayi mintak susu. Sebab dia ni jenis tak sabar, bila dia dah nak tu tak boleh tunggu2 dah, jadi gunakan masa dia tengah tenang untuk berlatih.

Potensi nak dapat nipple crack sangat tinggi.

Exicted-Ineffective

Bayi jenis ni kelihatan macam tak sabar, tapi bila menyusu main-main. Gelak-gelak semua, tapi bila tak dapat menyusu dengan sempurna, dia frust pula.

Penyelesaian : Susukan dia masa dia tengah mamai : baru bangun tidur atau time2 lalok nak tidur. Kena selalu burp bayi jenis ni, sebab dia senang kembung.

Procrastinator

Yang ini jenis yang paling susah. Ops, susah tapi BOLEH? Yang ni jenis high expectation... MAsa susu ibu belum ada, baru ada kolostrum dia dan demand nak susu. Biasanya ibu yang ada bayi jenis procrastinator ni akan terdorong nak bagi susu formula.. Yelah bayi ansyik menangis je kan.

JANGAN!

Penyelesaian : Teruskan menyusu dan stimulasi berterusan. Ibu perlukan sokongan yang padu dan kesabaran yang tinggi. Insya-Allah cuma untuk 3-4 hari je.

Gourmet

Gourmet ada kaitan dengan seni presentasi makanan. Jadi bayi jenis ni suka menikmati keindahan makanan dia dulu sebelum makan. Dalam kes ni, dia suma main2 dengan puting ibunya.

Tapi kalau dia dah boring dan nak mula menyusu, dia akan menyusu sampai habis!

Penyelesaian : Ibu kena sabar & susukan bayi di tempat tenang supaya takde lah rasa 'penat' sangat bila nak kena layan bayi Gourmet ni.

Rester

Seperti mana namanya, rester ni jenis bayi yang minum lambat-lambat, siap pause lagi. jadi ia menjadikan sesi penyusuan jadi lama. Kadang2 sampai sejam duk menyusu.  Kadang2 sampai tertidur masa menyusu.

Penyelesaian : Ibu jangan risau sebab makin lama bayi makin belajar bahawa bukan le best pun minum sikit2, lambat kenyang. Lagipun kalau masih dalam pantang kan tak buat apa, layankan saja lah. Tapi awas kalau berat badan dia tak naik2, bawalah berjumpa pakar dalam bidang penyusuan sebab takut memang dia tak cukup susu, yelah asyik tidur saja.

Harapnya lepas membaca entry ini ibu2 yang risau anak kuat sangat menyusu atau kurang menyusu dapat menganalisa kembali tabiat penyusuan anak masing2. Kalau bayi ceria, sihat, berat bertambah, tak ada apa nak dirisaukan walau dia menyusu kerap atau tidak.

Jadi, check personaliti penyusuan bayi kita, jadi kita boleh letak expectation accordingly.

[KESIHATAN IBU] Program Pemakanan Ibu Menyusu

Ramai ibu menyusu yang tercari-cari makanan yang boleh menambah susu, atau dalam ertikata lain milk booster untuk membanyakkan susu. Malah ada yang hairan bila keadaan ini berlaku:

"Dah makan macam2 - air longan kering, air kurma merah, air rebusan halba tapi susu tak banyak pun"
"Hari2 minum air soya tapi susu cair saja"
"Saya makan vitamin sama macam Puan ZZZ tapi kenapa susu Puan ZZ nampak pekat tapi susu saya tak pun"

Pertama, haruslah selalu ingat bahawa:

PERTAMA, susu badan disediakan mengikut keperluan bayi. Bayi yang menyusu dalam kuantiti banyak perlu disediakan jumlah susu yang banyak juga. Jadi ibu yang anaknya minum banyak pasti menghasilkan susu yang lebih banyak.

Konsep permintaan dan pengeluaran digunakan.

KEDUA, susu pekat dan susu cair bergantung kepada banyak faktor. Mungkin cuaca (susu lebih cair bila panas), mungkin praktik mengepam ibu (susu lebih cair bila lambat mengepam), mungkin pemakanan ibu dans sebagainya.

Cairnya atau pekatnya susu badan, hakikatnya ibu menghasilkan kedua-duanya bagi memenuhi keperluan haus dan lapar si bayi.

KETIGA, pengambilan vitamin BUKAN penentu kesihatan atau penyusuan kerana ibu-ibu berbeza mempunyai aktiviti, tabiat makan dan sebagainya yang unik.

Ibu yang menyusukan anak, harus patuh pada piramid makanan, meskipun beliau mengambil milk booster atau supplement berbakul-bakul. Ini kerana:
  • Milk booster biasanya mengandungi sejenis nutrien sahaja.
  • Vitamin tiada kalori dan terdiri dari mikronutrien sahaja.
  • Tubuh ibu menyusu (dan sesiapa saja) perlukan makronutrient untuk menjadi blok binaan sel2 badan.
Ibu menyusu harus mengikuti program pemakanan (buat sendiri je) yang terdiri dari makanan2 dari kategori seperti dalam rajah di atas. Termasuk gambar orang tu, ibu menyusu juga perlu bersenam. Paling mudah ialah senaman buat kerja rumah dan naik turun tangga.

 Ingat ya, JANGAN GHAIRAH makan vitamin atau milk booster semata2. Pelbagaikan makanan anda. Bila badan cukup nutrisi, ibu sihat dan cantik susu pun 'cantik' :)

[SUSU IBU] Berapa Banyak Kenaikan Berat Bayi Susu Ibu?

Ramai ibu yang risau dengan kadar pertambahan berat badan bayi. Apa lagi bila bayi tu menyusu badan. Hingga ada yang menyarankan pemberian susu formula dan sebagainya untuk menaikkan berat badan.

Persoalannya, adakah pemberian susu formula pilihan yang tepat untuk menaikkan berat bayi?

Bayi susu ibu dan formula membesar pada kadar yang berbeza. Secara amnya, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap dan sihat (orang tua kata hantap), terutama dalam jangka masa panjang. Berikut adalah panduan am untuk pertumbuhan bayi yang diberikan susu ibu pada tahun pertama:

  • Pertambahan berat badan 112-200 gram seminggu pada bulan yang pertama
  • Purata 1/2 hingga 1 kilogram sebulan untuk tempoh enam bulan pertama
  • Purata 1/2 kilogram sebulan dari enam bulan hingga satu tahun

Bayi biasanya menambah panjang kira-kira satu inci sebulan (2.5cm) dalam tempoh enam bulan pertama, dan satu setengah inci sebulan dari enam bulan hingga satu tahun.

Pada tahun 1992, Dr. Katherine Dewey, University of California di Davis menjalankan satu kajian yang membandingkan corak pertumbuhan bayi susu ibu vs bayi susu formula. Dikenali sebagai kajian Darling, keputusan ini menunjukkan:

  • Bayi susu ibu dan susu formula berkembang pada kadar yang sama dalam beberapa bulan pertama.
  • Antara empat dan enam bulan, bayi yang diberi susu formula cenderung untuk mendapatkan berat badan yang lebih cepat.
  • Selepas tempoh enam bulan pertama, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Cuba pegang badan anak susu ibu dan anak susu formula. 

Berat tambahan di dalam bayi yang diberi susu formula adalah kerana takungan air yang berlebihan dan komposisi lemak badan yang berbeza. Penyelidik Darling mencadangkan agar carta pertumbuhan yang berbeza antara bayi susu ibu dan susu formula.

Pertambahan berat badan ditentukan oleh banyak faktor sebenarnya, bukan sekadar 'sebab dia menyusu badan'. Kerana bayi menyusu badan juga mempunyai keunikan dalam berat badan masing2/ Sebagai contoh, bayi susu ibu memiliki berat badan berbeza kerana disebabkan oleh keturunan yang mempunyai kadar metabolik yang berbeza, dan oleh itu tahap membakar kalori berbeza.

Bayi yang panjang dan kurus (dikenali sebagai 'banana baby') adalah hypermetabolizers. Mereka membakar kalori lebih cepat daripada bayi yang tembam iaitu 'apple baby' dan 'pear baby'. Banana baby biasanya cenderung meninggi tapi dari segi berat badan, mungkin kurang memberangsangkan.

Apple baby dan pear baby pula terbalik. Mereka ni lebih cepat bertambah berat dari meninggi.

Perangai bayi juga mempengaruhi pertambahan berat badan ya.

  • Bayi yang suka bersantai cenderung untuk membakar kurang kalori dan oleh itu berat badan naik dengan lebih cepat.
  • Bayi yang aktif lebih banyak membakar kalori dan mereka ni biasanya lebih kurus.

Kekerapan penyusuan susu ibu juga mempengaruhi pertumbuhan. Bayi yang mendapat feeding on demand lebih cepat tambah berat badan dari bayi yang menyusu mengikut jadual.

Seperti mana yang kita tahu, bayi menyusu mengikut kehendaknya, dan ada teori yang kata bayi akan berhenti menyusu bila keperluan kalorinya dipenuhi.

Jadi ibu jangan risau kalau bayi menyusu terlalu lama atau terlalu sekejap, sebab bayi kita bijak, dia tahu bila patut dia berhenti ^__^

[KEIBUBAPAAN] Merancang Jantina Anak

Saya kini dikurniakan 3 orang anak lelaki. Alhamdulillah, dengan kehadiran cahaya mata yang lincah (walaupun anak istimewa) memeriahkan rumahtangga kami berdua. Namun tetap terselit dalam hati saya untuk menimang anak perempuan pula. Mana tidaknya, bila saya tua nanti, pastinya memerlukan seorang teman baik, anak perempuan mungkin.

Pelbagai tips yang diberikan oleh kawan2 kepada kami, termasuk makan ikan dan sayur. Masalahnya itulah makanan ruji kami sepanjang berada di Miri, tapi kuasa Allah, lelaki juga :)

Bolehkah merancang jantina anak? Artikel di bawah memberi jawapannya:

--+---+---+--

Pernahkah anda terfikir kenapa bangsa China paling ramai sekali di dunia?

Cuba anda pergi ke US, terdapat bangsa China disana. Malah di negara kita sendiri pun ramai.

Tahukah anda terdapat rahsia yang diamalkan oleh bangsa China kuno dalam pemilihan jantina bayi? Sebab itulah bangsa mereka merupakan bangsa yang paling ramai di dunia.

Kira-kira 4 ribu tahun yang lepas, telah dihasilkan suatu kaedah bagaimana mendapat jantina bayi lelaki di Negara China.

Kenapa?

Kerana Maharaja China pada waktu itu sedang merancang untuk menakluki seluruh negara di benua asia termasuk Mongolia.

Mereka melakukan persiapan selama 15 tahun untuk itu. Mereka perlukan lebih ramai kaum lelaki untuk pergi berperang. Selepas 15 tahun mereka berjaya menakluki sebahagian besar benua Asia disebabkan mereka mempunyai ramai tentera lelaki.

Tahukah anda selepas peperangan tersebut status sosial menjadi tidak stabil. Terlalu ramai kaum lelaki berbanding kaum wanita. Ini membawa masalah sosial yang amat teruk di China ketika itu.

Taoist kuno pada ketika itu sibuk melakukan kajian bagaimana untuk meramaikan kembali kaum wanita. Akhirnya mereka berjaya dan mencatatkan kaedah menentukan jantina dalam satu manuskrip.

Kandungan Dalam Manuskrip Tersebut Kini Telah Terbongkar!

Setiap teknik dan kaedah menetukan jantina bayi akan dibongkar sebentar lagi. Teruskan bacaan anda. Bukan itu sahaja, saintis moden yang mengkaji bidang ini juga telah menambah baik kandungan manuskrip tersebut dan menghasilkan teknik-teknik yang terbukti berkesan sehingga 98%!

Apabila ovum dan sperma disenyawakan, anda berpeluang untuk mendapat 50% anak lelaki dan 50% anak perempuan. Namun, teknik yang bakal kami dedahkan nanti anda mampu mendapat keputusan 98% jantina anak yang dikehendaki. Kami bukan bercakap kosong kerana ia telah terbukti amat berkesan.

Kami tahu anda telah mencuba pelbagai cara untuk mendapat jantina bayi yang dikehendaki. Maaf kami katakan, anda mungkin telah menemui pelbagai bomoh dan pawang untuk menyelesaikan masalah anda.

Dan kami juga tahu ia memang terbukti tidak berhasil. Sudahlah membuang masa tapi hasilnya tiada. Anda kecewa bukan?

Anda juga mungkin telah diberikan/membeli pil atau ubat yang dikatakan mampu untuk mendapat jantina lelaki atau jantina perempuan. Ketahuilah tiada lagi ubat yang diciptakan dalam didunia ini mampu untuk menghasilkan jantina anak yang kita hendaki.

Walaupun ada kajian yang dilakukan kearah itu tetapi ia belum lagi terbukti berkesan. Tindakan anda membeli pil/ubat (mungkin dipasar malam) itu mendatangkan kesan lebih mudarat lagi. Mungkin anda dan pasangan anda akan MANDUL disebabkan ubat itu.

Tahukah Anda, Ada Kaedah Saintifik Penentuan Jantina Bayi Yang Haram?

Anda tentu pernah dengar bukan kaedah tabung uji. Dimana sperma dan ovum disatukan (disenyawakan) dalam tabung uji. Kemudian saintis akan melihat cantuman kromosom hasil persenyawaan tersebut.

Adakah ia membawa jantina bayi lelaki atau perempuan. Jika persenyawaan tersebut tidak menepati jantina pasangan tersebut, cantuman tadi akan dimusnahkan. Jika ia menepati kehendak pasangan itu, cantuman tadi akan dimasukan kedalam ovari.

Dalam Islam kaedah ini adalah HARAM sama sekali walaupun peratusan untuk mendapat jantina yang dikehendaki adalah 99.9%. Malah kaedah ini juga memakan kos yang amat tinggi iaitu kira-kira RM20 ribu.

Namun, ada Juga Kaedah-Kaedah Saintifik & Tidak Saintifik yang Lain Yang Dibenarkan Dalam Islam

Anda cukup bertuah kerana sebentar lagi kami akan dedahkan kepada anda teknik dan taktik yang amat berkesan untuk menentukan jantina bayi anda. Tanpa melibatkan sebarang kos dan terbukti berkesan. Malah kaedah dan teknik ini adalah HALAL disisi Islam.

Memperkenalkan…
--+---+---+--

Haruslah saya mencuba kaedah dalam ebook ini, semoga Allah mengizinkan kami menimang cahaya mata perempuan :)

Kalau nak dapatkan e-book ni atau maklumat lanjut, boleh dapatkannya dengan KLIK PADA LINK INI.