Malam Khamis lepas, Fahry datang kepada saya memegang kepalanya.
"Mami, Fahry demam, nak makan ubat" kata dia.
Saya memegang kepala dan badannya, tiada tanda demam. Lalu saya neri dia minum air Musoffa untuk tidak menghampakannya. Saya katakan padanya, "Fahry dah sihat, dah tak demam OK".
Malam itu, kami tidur seperti biasa. Masa tu suami saya tiada di rumah, outstation ke Sarawak. Dalam jam 3 pagi saya terjaga. Badan Fahry sangat panas. Terkejut dan terkesima kerana dia tiada apa2 tanda nak demam, batuk pun tiada. Saya agak mungkin aduan "Fahry demam" tadi tu dia nak beritahu dia sakit kepala.
Saya tuam badannya dengan kain yang dicelup larutan Basic-H (1-2 titik Basic H saya letak dalam air segayung). Disebabkan badannya terlalu panas (hampir 40 darjah celcius), saya memberinya sirap paracetamol untuk menurunkan suhu badannya di samping sponging seluruh badan (berperang juga sebab dia taknak buka baju).
Kebetulan esok paginya suami saya tiba dari Sarawak, jadi kami membawa Fahry berjumpa pakar kanak2. Suhu badannya masih 39.5 darjah Celcius. Fahry mengadu dadanya sakit. Ia memang merisaukan saya kerana dia pernah dimasukkan ke wad sebanyak 2 kali kerana jangkitan paru2.
Doktor yang merawatnya memberitahu terdapat kahak di paru2nya, tapi belum dijangkiti kuman. Terdapat jangkitan di bahagian trakea ke bronchus-nya. Mungkin sebab itu Fahry mengadu sakit.
Pulang ke rumah, saya mengambil cuti menjaga Fahry. Demamnya masih tinggi sampai menggigil.
Alhamdulillah Fahry dah sembuh dan kembali ceria, hari Sabtu kami ke Kuala Terengganu untuk majlis perkahwinan datuk saudara Fahry, dan dia lincah berlari-lari.
Fahry, seperti biasa anak yang kuat semangat. Katanya "Fahry nak sihat sebab Fahry nak swimming". Menjadi rutin kami membawa anak2 berenang di hujung minggu kalau tak ada komitmen lain. Maka dapatlah Fahry berenang hujung minggu tu :)
OK berbalik pada topik.
Demam ni adalah perkara yang merisaukan ibu bapa. Bila anak demam, ibu bapa jadi panik dan mungkin tertanya2 "Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?"
Pertama kita kena tahu apakah itu demam? Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba2 disebabkan oleh tubuh anak kita terdedahnpada virus baru. Sebab tu lah selalu jumpa doktor, dia kata "Ini viral fever".
Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita sendiri.
Sistem imuniti berbeza2 pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.
Kerana itulah anak2 selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.
Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.
Jadi ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalai rasa badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C, sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh jad indicator kepada penyakit2 lain, seperti:
- denggi
- jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
- jangkitan bakteria seperi sreptococus
- pendarahan dalaman
- petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
- jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
- penyakit autoimune
- kerosakan organ dalaman
Dalam kes2 di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Kalau tak demam macamana kalau tiba2 dah tahu sakit lukaemia peringkat ke-4... Oleh itu kalau sering demam panas, jangan pandang enteng. Lebih2 lagi demam panas boleh membawa kepada sawan.
Tips ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-
1- Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak)
2- Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam. Kalau di bawah 38 degree C, saya selalu beri anak minum air Musoffa dan Performance drink.
3- Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
4- Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak. Alternatif, saya beri anak minum Performance Drink.
5- Saya berikan anak2 saya Nutriferon semasa mereka demam.
6- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
7- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
8- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
9- Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
10- Doakan yang baik2... Jangan terlalu ikut emosi.
*** Tips untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu cepat2 rujuk pada doktor... Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir2 dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang 'merosakkan' badan anak itu.