[SUSU IBU] Tips Penyusuan Di Tempat Awam

Penyusuan susu ibu, meskipun ia adalah natural, namun harus kita akui ia perkara baru yang tidak menjadi norma dalam masyarakat kita. Ramai ibu bapa yang tidak tahu kebaikan susu ibu akibat disogok oleh fahaman 'susu formula untuk bayi' dan promosi susu-susu formula di pasaran.

Justeru, penyusuan susu ibu masih memerlukan perhatian yang serius, kerana ia sering dikaitkan dengan hal-hal berhubung dengan seksual. Apa lagi jika penyusuan tersebut dilakukan di tempat awam.

Bagi ibu Muslimah, penyusuan susu ibu kadangkala menjadi 'masalah' untuk menyusukan anak di tempat awam kerana aurat pada bahagian yang digunakan untuk tujuan penyusuan. Ramai ibu yang memilih untuk membawa susu perahan dalam botol.. namun hakikatnya penyusuan secara terus lebih mudah, bersih dan menyihatkan.
Bagaimana untuk memulakan penyusuan di tempat awam?

Ikuti tips-tips di bawah:

1. Pakailah pakaian yang sesuai untuk penyusuan.

Kini terdapat banyak pilihan nursing wear atau baju menyusu, dari tradisional hinggalah gaya moden. Sesuai untuk ibu Muslimah menyusukan anak di mana saja.

Anda boleh mendapatkan baju-baju menyusu pilihan di:

www.blingboutique.biz
www.adrinis.com

2. Gunakan nursing cover

Kain yang berbentuk umpama apron yang digunakan untuk menutup ruangan menyusu sewaktu sesi penyusuan di tempat awam.

Anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan nursing cover di: http://chomelnursingcover.com/store

3. Gunakan bilik menyusu yang disediakan

Sesetengah shopping complex menyediakan bilik menyusu untuk ibu-ibu menyusukan anak mereka. Antara shopping complex di Kuala Lumpur dan selangor yang menyediakan nursing room:
  • Suria KLCC, Kuala Lumpur
  • Ikea, Mutiara Damansara
  • The Curve, Mutiara Damansara
  • IPC, Mutiara Damansara
  • Cawangan Jusco
  • Cawangan Parkson
  • Alamanda, Putrajaya
  • Sogo, Kuala Lumpur
  • Bangsar Shopping Centre, Bangsar
  • ...dan banyak lagi kompleks membeli-belah yang menyediakannya untuk kemudahan ibu menyusu.
 4. Minta kerjasama dari suami

Keizinan suami penting untuk menyusukan anak di mana-mana lokasi. Jadi mintalah suami menjadi 'pelindung' sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
5. Gunakan alat gendong bayi yang sesuai untuk penyusuan

Kini terdapat alat gendong bayi yang sesuai untuk menyusukan bayi secara terus. Malah lebih mudah, anda boleh lakukannya dengan berjalan!

6. Just do it!

Tak perlu pening-pening kepala.. Penyusuan susu ibu sepatutnya memudahkan dan dibanggakan. Jadikan ia mudah di mata anda dan di mata semua orang, bahawa penyusuan susu ibu adalah yang terbaik!

Yakin boleh untuk menyusukan anak di tempat awam (jaga aurat ya!), yang penting JANGAN SUSUKAN ANAK DALAM TANDAS!

1 comment:

  1. Betul tu, ianya sesuatu yang patut dibanggakan, kelebihan yang tuhan bagi untuk ibu dan bayi nya, boleh praktis dirumah dulu, biasakan menyusu di kawasan rumah, mungkin di depan family rapat sepupu sedara mara ker, praktis make perfect, lepastu boleh try kat tempat awam, tapi pilih yg tempat tak crowded sangat, lepastu senang la.. gi mane2 boleh menyusukan anak.. huhu

    ReplyDelete