[KESIHATAN IBU] Program Pemakanan Ibu Menyusu

Ramai ibu menyusu yang tercari-cari makanan yang boleh menambah susu, atau dalam ertikata lain milk booster untuk membanyakkan susu. Malah ada yang hairan bila keadaan ini berlaku:

"Dah makan macam2 - air longan kering, air kurma merah, air rebusan halba tapi susu tak banyak pun"
"Hari2 minum air soya tapi susu cair saja"
"Saya makan vitamin sama macam Puan ZZZ tapi kenapa susu Puan ZZ nampak pekat tapi susu saya tak pun"

Pertama, haruslah selalu ingat bahawa:

PERTAMA, susu badan disediakan mengikut keperluan bayi. Bayi yang menyusu dalam kuantiti banyak perlu disediakan jumlah susu yang banyak juga. Jadi ibu yang anaknya minum banyak pasti menghasilkan susu yang lebih banyak.

Konsep permintaan dan pengeluaran digunakan.

KEDUA, susu pekat dan susu cair bergantung kepada banyak faktor. Mungkin cuaca (susu lebih cair bila panas), mungkin praktik mengepam ibu (susu lebih cair bila lambat mengepam), mungkin pemakanan ibu dans sebagainya.

Cairnya atau pekatnya susu badan, hakikatnya ibu menghasilkan kedua-duanya bagi memenuhi keperluan haus dan lapar si bayi.

KETIGA, pengambilan vitamin BUKAN penentu kesihatan atau penyusuan kerana ibu-ibu berbeza mempunyai aktiviti, tabiat makan dan sebagainya yang unik.

Ibu yang menyusukan anak, harus patuh pada piramid makanan, meskipun beliau mengambil milk booster atau supplement berbakul-bakul. Ini kerana:
  • Milk booster biasanya mengandungi sejenis nutrien sahaja.
  • Vitamin tiada kalori dan terdiri dari mikronutrien sahaja.
  • Tubuh ibu menyusu (dan sesiapa saja) perlukan makronutrient untuk menjadi blok binaan sel2 badan.
Ibu menyusu harus mengikuti program pemakanan (buat sendiri je) yang terdiri dari makanan2 dari kategori seperti dalam rajah di atas. Termasuk gambar orang tu, ibu menyusu juga perlu bersenam. Paling mudah ialah senaman buat kerja rumah dan naik turun tangga.

 Ingat ya, JANGAN GHAIRAH makan vitamin atau milk booster semata2. Pelbagaikan makanan anda. Bila badan cukup nutrisi, ibu sihat dan cantik susu pun 'cantik' :)

No comments:

Post a Comment