[SUSU IBU] Berapa Banyak Kenaikan Berat Bayi Susu Ibu?

Ramai ibu yang risau dengan kadar pertambahan berat badan bayi. Apa lagi bila bayi tu menyusu badan. Hingga ada yang menyarankan pemberian susu formula dan sebagainya untuk menaikkan berat badan.

Persoalannya, adakah pemberian susu formula pilihan yang tepat untuk menaikkan berat bayi?

Bayi susu ibu dan formula membesar pada kadar yang berbeza. Secara amnya, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap dan sihat (orang tua kata hantap), terutama dalam jangka masa panjang. Berikut adalah panduan am untuk pertumbuhan bayi yang diberikan susu ibu pada tahun pertama:

  • Pertambahan berat badan 112-200 gram seminggu pada bulan yang pertama
  • Purata 1/2 hingga 1 kilogram sebulan untuk tempoh enam bulan pertama
  • Purata 1/2 kilogram sebulan dari enam bulan hingga satu tahun

Bayi biasanya menambah panjang kira-kira satu inci sebulan (2.5cm) dalam tempoh enam bulan pertama, dan satu setengah inci sebulan dari enam bulan hingga satu tahun.

Pada tahun 1992, Dr. Katherine Dewey, University of California di Davis menjalankan satu kajian yang membandingkan corak pertumbuhan bayi susu ibu vs bayi susu formula. Dikenali sebagai kajian Darling, keputusan ini menunjukkan:

  • Bayi susu ibu dan susu formula berkembang pada kadar yang sama dalam beberapa bulan pertama.
  • Antara empat dan enam bulan, bayi yang diberi susu formula cenderung untuk mendapatkan berat badan yang lebih cepat.
  • Selepas tempoh enam bulan pertama, bayi yang diberikan susu ibu cenderung untuk menjadi lebih mantap berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Cuba pegang badan anak susu ibu dan anak susu formula. 

Berat tambahan di dalam bayi yang diberi susu formula adalah kerana takungan air yang berlebihan dan komposisi lemak badan yang berbeza. Penyelidik Darling mencadangkan agar carta pertumbuhan yang berbeza antara bayi susu ibu dan susu formula.

Pertambahan berat badan ditentukan oleh banyak faktor sebenarnya, bukan sekadar 'sebab dia menyusu badan'. Kerana bayi menyusu badan juga mempunyai keunikan dalam berat badan masing2/ Sebagai contoh, bayi susu ibu memiliki berat badan berbeza kerana disebabkan oleh keturunan yang mempunyai kadar metabolik yang berbeza, dan oleh itu tahap membakar kalori berbeza.

Bayi yang panjang dan kurus (dikenali sebagai 'banana baby') adalah hypermetabolizers. Mereka membakar kalori lebih cepat daripada bayi yang tembam iaitu 'apple baby' dan 'pear baby'. Banana baby biasanya cenderung meninggi tapi dari segi berat badan, mungkin kurang memberangsangkan.

Apple baby dan pear baby pula terbalik. Mereka ni lebih cepat bertambah berat dari meninggi.

Perangai bayi juga mempengaruhi pertambahan berat badan ya.

  • Bayi yang suka bersantai cenderung untuk membakar kurang kalori dan oleh itu berat badan naik dengan lebih cepat.
  • Bayi yang aktif lebih banyak membakar kalori dan mereka ni biasanya lebih kurus.

Kekerapan penyusuan susu ibu juga mempengaruhi pertumbuhan. Bayi yang mendapat feeding on demand lebih cepat tambah berat badan dari bayi yang menyusu mengikut jadual.

Seperti mana yang kita tahu, bayi menyusu mengikut kehendaknya, dan ada teori yang kata bayi akan berhenti menyusu bila keperluan kalorinya dipenuhi.

Jadi ibu jangan risau kalau bayi menyusu terlalu lama atau terlalu sekejap, sebab bayi kita bijak, dia tahu bila patut dia berhenti ^__^

No comments:

Post a Comment

Post a Comment