[SUSU IBU] Tips Penyusuan Susu Ibu Dari Nenek

Orang-orang Melayu mempunyai bahasa yang halus dan tersirat. Buktinya banyak peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dengan tutur kata sehari-hari. Seorang Melayu yang masih kuat nilai kemelayuannya amat menjaga tutur kata dan berbasa-basi dalam berkata-kata.

Oleh itu, banyak pesan orang tua yang mendalam maksudnya.

Begitu juga dengan tips-tips penyusuan susu ibu. Walaupun mereka bukanlah mempelajari sains tentang susu ibu, namun pesan nenek sebenarnya satu ilmu yang amat menarik untuk digali.

Tips Penyusuan Susu Ibu Dari Nenek:
  1. Sebelah kiri air, sebelah kanan nasi.
    •  Nasihat ini adalah supaya kita menyusukan bayi dengan kedua2 belah payudara. Sebagaimana nasihat 'makan nasi sampai kenyang', susukan bayi dengan sebelah payudara (dalam kes ini, sebelah kanan=nasi) sehingga payudara kosong, kemudian tukar ke sebelah kiri (air).
    • Hakikatnya, setiap payudara mempunyai foremilk (cair) dan hindmilk (pekat, berlemak) yang berperanan mengenyangkan dan menghilangkan kehausan si bayi.
  2. Nak tambah susu makan kucai, jantung pisang, tempe, pucuk betik, halba. etc. Minum longan kering, etc.
    • Nenek mengajar agar kita makan makanan berkhasiat. Kucai, pucuk betik adalah antara sayuran yang mengandungi Vitamin B Complex, Vitamin A dan sebagainya; pucuk betik dan tempe mengandungi protein; halba mengandungi zat besi; dan air longan kering membekalkan kalori... semua vitamin dan mineral ini adalah penting untuk ibu menyusu badan.
Gabungan petua nenek untuk tambah susu (1) stimulasi dan (2) pemakanan adalah kombinasi terbaik dalam penyusuan susu ibu.

Ini kerana keperluan nutrisi ibu menyusu badan adalah lebih tinggi berbanding orang biasa dan ibu mengandung. Makanan penambah susu di atas, tidak berkuasa untuk membanyakkan susu, lebih2 lagi bila ibu kurang makronutrient, misalnya kurang makan nasi, kurang air dan sebagainya. Apa lagi bila kurang stimulasi.

Ia umpama sebuah restoran, makin ramai orang datang makan di restoran, makin banyaklah pengeluaran yang harus restoran tersebut sediakan. Dan semakin enak makanan di restoran itu, semakin ramailah yang datang.

Jadi, semakin ibu menjaga kesihatan, semakin banyak permintaan dari bayi (dan pam), semakin banyaklah susu ibu dihasilkan.

Penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang harus dilihat secara holistik. Ia adalah satu penerokaan, bukan sekadar memberi 'makanan' kepada bayi.

No comments:

Post a Comment