[KESIHATAN] Fahami Tentang Keracunan Makanan di Kalangan Anak-Anak

Keracunan makanan adalah adalah satu hal yang mendapat perhatian besar dalam bidang kesihatan dan industri makanan. Dari kes yang paling ringan hingga yang boleh menyebabkan kematian, hakikatnya keracunan makanan adalah antara masalah yang sering menyerang terutama kanak-kanak sekolah.

Tahukah anda penyebab utama keracunan makanan?

Menurut FDA, keracunan makanan disebabkan oleh (mengikut turutan paling berbahaya):

1. Keracunan disebabkan microbio iaitu kuman dan bakteria
2. Keracunan disebabkan oleh toksin semulajadi dalam makana
3. Sisa-sisa bahan kimia industri, pestisid, hormom dsn antibiotik haiwan
4. Pemprosesan makanan
5. Bahan2 yang ditambah ke dalam makanan
6. GMO

Jadi, 2 penyebab paling utama keracunan ialah kuman; dan makanan itu sendiri yang bertoksik.

Keracunan makanan disebabkan oleh kuman terbahagi kepada 2: toksik dalam makanan dan jangkitan kuman.

Toksik dalam makanan terjadi bila makanan terdedah kepada bakteria, dan bakteria ni menghasilkan toksik yang memberi kesan pada tubuh. Jangkitan pula ialah berlaku bila bakteria dalam makanan terdedah ni membiak dalam usus.

Bakteria yang menghasilkan toksik menghasilkan 2 jenis toksin : enterotoksin dan neurotoksin. Enterotoksin menyerang mukus membran dalam usus, manakala neurotoksin menyerang sistem saraf.

Kebanyakan bakteria, virus dan parasit ini merebak dengan cara:-

- Penyediaan makanan yang tidak betul
- Tidak membasuh tangan dengan sabun selepas ke tandas
- Membiarkan luka/kudis terbuka di tangan
- Tidak menjaga kebersihan
- Air yang tidak ditapis dan tidak dimasak

Kanak2 yang masih lemah sistem imuniti tubuhnya, lebih mudah untuk mendapat jangkitan dan kesan toksin serta efek keracunan ni.

Keracunan makanan hendaklah dirawat segera, terutama bagi bayi dan kanak2 kerana ia boleh membawa kepada simptom lain yang berbahaya.



Langkah2 Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Selamat

(1) Pastikan makanan sejuk sentiasa disejukkan.
(2) Cuci tangan dan permukaan penyediaan makanan.
(3) Pastikan makanan panas sentiasa dipanaskan.
(4) Elakkan cross-contaminant

Pastikan makanan anda dimasak dengan betul terutama makanan bayi, kerana dalam telur separuh masak, daging separuh masak dan makanan laut mengandungi bakteria E. Coli yang melepaskan enterotoksin yang boleh menyebabkan cirit-birit.

1 comment: